Countdown Clocks, Spring Countdowns at WishAFriend.com

Thursday, January 28, 2010

PERANCANGAN UPSR 2010

1. Mesyuarat AJK
 
- Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan UPSR akan dijalankan setiap kali selesai ujian TOV dan OTI serta mengikut keperluan semasa. Mesyuarat bertujuan untuk membincang prestasi semasa pelajar dan melihat kelemahan serta kekuatan yang ada pada pelajar. Program seterusnya yang akan dijalankan juga akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
 
2. Temu Murni Ibu Bapa
 
- Program Temu Murni ibu bapa akan diadakan setiap kali selesai TOV dan OTI. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas kepada ibu bapa tentang perkembangan prestasi semasa pelajar. Ibu bapa juga dapat diberi maklumat tentang program-program yang akan dilaksanakan.
 
3. Kelas Tambahan Malam
 
- Kelas diadakan selama 5 malam iaitu setiap malam Sabtu hingga malam Khamis. Kelas bermula pada 23 Januari sehingga peperiksaan UPSR 2010 dan bermula jam 8.15 hingga 10.00 malam. Pembelajaran lebih berfokus kepada menjawab dan perbincangan soalan-soalan UPSR.
 
4. Kelas Tambahan Petang
 
- Kelas tambahan petang adalah kelas extra daripada guru. Semua pelajar terlibat dengan kelas petang. Kelas akan bermula bulan Febuari selepas waktu persekolah setiap hari dan tamat jam 3.00 petang. Kelas petang akan berterusan sehingga peperiksaan UPSR.
 
5. Motivasi Ibu Bapa dan Murid
 
- Program Motivasi ibu bapa dan murid akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Febuari dan Julai. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa dan juga pelajar tentang kepentingan pembelajaran anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

6. Motivasi Belajar

- Motivasi belajar adalah program berterusan oleh setiap guru terutama yang guru tahun 6. Motivasi akan diberi setiap hari oleh guru tahun 6 setiap kali masuk ke kelas. Bermula Julai motivasi pagi akan diadakan setiap hari di tapak perhimpunan. Motivasi akan diberikan oleh Guru Besar, setiap GPK dan juga guru-guru SKBT mengikut jadual yang akan ditetapkan.

7. Teknik dan Strategi Menjawab UPSR
 
- Program ini akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada awal April dan akhir Jun. Program akan dibuat di sekolah dan di luar sekolah. Program akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik dan strategi menjawab soalan-soalan UPSR. Penceramah jemputan akan dipanggil untuk mengisi program ini.
 
8. Kem Motivasi UPSR
 
- Kem motivasi akan diadakan serentak dengan program teknik dan strategi menjawab UPSR. Slot motivasi akan diselit dalam program ini.
 
9. Kelas Intensif Mata Pelajaran
 
- Kelas intensif mata pelajaran lebih berfokus kepada mana-mana subjek yang masih lemah prestasinya. Kelas ini akan bermula Ogos hingga peperiksaan UPSR.
 
10. Kem UPSR peringkat Daerah
 
- Program ini bergantung kepada jadual daripada pihak PPD.
 
11. Kelas Elit Target
 
- Kelas elit target merupakan program di mana elit akan diasingkan mengikut tahap prestasi masing-masing. Pelajar akan dikumpul dalam kumpulan yang lebih kecil dan dibimbing oleh guru dalam bentuk tutorial. Program akan bemula bulan Jun.
 
12. Kem HALUS
 
- Kem HALUS bertujuan untuk memaksimumkan pencapaian minima C dalam setaip subjek. Pelajar yang ada harapan lulus akan dibimbing oleh guru secara lebih khusus. Kem akan bermula bulan Jun.

13. TOV / OTI / Ujian Bulanan
 
- Akan dilaksanaka mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh JPN. Ujian-ujian lain akan dibuat berdasarkan keperluan semasa.
 
14. Menjawab Soalan Negeri Lain
 
- Latihan menjawab soalan-soalan dari negeri lain akan dibuat di dalam kelas oleh guru mata pelajaran. Kalau perlu akan dibuat dalam bentuk ujian. Program ini akan bermula pertengahan Jun.
 
15. Program E-Tak Main
 
- Program E-Tak Main bermaksud guru subjek akan memastikan pelajar E sekurang-kurangnya mencapai tahap D. Biasanya melibatkan pelajar yang masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Pelajar ini juga ditempatkan di bilik pemulihan untuk dibantu oleh guru pemulihan.
 
16. Kelas Intensif Khas Individu
 
- Kelas ini tertumpu kepada pelajar target yang masih tidak mencapai tahap A dalam mana-mana subjek. Pelajar akan ditempatkan dibilik berasingan dan diberi tumpuan secara khusus oleh guru subjek. Jika perlu pelajar akan di bawa pulang ke rumah oleh guru subjek. Program ini akan bermula pada bulan Ogos.
 
17. Solat Hajat
 
- Solat hajat bersama ibu bapa / penjaga akan diadakan setiap bulan minggu akhir dan Solat Hajat Letak Kerja telah diadakan pada 21 Jan 2010. Bermula bulan Julai pelalar bersama guru Agama akan mengadakan solat hajat setiap pagi. Solat hajat perdana akan dibuat apabila hampir peperiksaan UPSR.
 
18. Lawatan Berinformasi
 
- Progaram ini bertujuan merehatkan minda pelajar yang penat berfikir dan menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Lawatan berinformasi akan diadakan pada bulan April dan selepas UPSR. Lawatan bulan April sekitar dalam negeri sahaja dan akan dibincangkan secara terperinci dalam jawatan kuasa.
 
19. Program Lepas UPSR
 
- Program lepas UPSR juga akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat jawatan kuasa. Antara program yang dirancang ialah lawatan, kelas computer, pertandingan permainan, pertandingan buku scrap dan aktiviti menceriakan kawasan sekolah.

0 comments: